Huawei Mate 10 Pro, Huawei P20, Honor 10 Dan Honor View 10 Kini Sudah Mula Menerima Percubaan Android 9 Pie Beta Comments Off on Huawei Mate 10 Pro, Huawei P20, Honor 10 Dan Honor View 10 Kini Sudah Mula Menerima Percubaan Android 9 Pie Beta

Pada 7 Ogos yang lalu, kesemua peranti Google Pixel, Essential Phone dan juga Nokia 7 Plus dilaporkan sudahpun mula menerima kemas kini Android 9.0 Pie. Nampaknya baru-baru ini Presiden Huawei juga telah membuat pengumuman di akaun Weibo miliknya yang mendedahkan bahawa empat daripada peranti keluaran Huawei dan honor akan mula menerima percubaan Android 9 Pie dalam versi beta.

Melalui perkongsian tersebut, beliau juga telah mengesahkan bahawa pihak jurutera Huawei kini sedang berusaha keras untuk memastikan agar sistem operasi terbaru dari Google itu boleh beroperasi dengan sempurna.

Malah menurut pengumuman yang dibuat di Huawei Pollen Club, versi percubaan dalaman Android 9 Pie sudahpun mula ditawarkan pada pengguna terpilih yang menggunakan Huawei Mate 10 Pro, Huawei P20, honor 10 dan honor View 10 pada 6 Ogos yang lepas. Manakala Android 9 Pie beta yang rasmi akan mula diterima oleh pengguna lain selepas kemas kini tersebut siap.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend