HUAWEI Mate 10, Mate 10 Pro, P20, P20 Pro Dan Nova 4 Akan Menerima Kemas Kini EMUI 10 Bermula Mei Ini Comments Off on HUAWEI Mate 10, Mate 10 Pro, P20, P20 Pro Dan Nova 4 Akan Menerima Kemas Kini EMUI 10 Bermula Mei Ini

Sebagaimana yang kita sedia maklum, beberapa model telefon pintar keluaran HUAWEI seperti siri P30, siri Mate 20, Nova 5T, Y9s dan juga Y9 Prime 2019 telahpun menerima kemas kini EMUI 10 bermula Januari yang lalu.

Ternyata pemilik Mate 10, Mate 10 Pro, P20, P20 Pro, dan Nova 4 boleh menarik nafas lega apabila HUAWEI telah mengesahkan bahawa kelima-lima model ini akan menerima kemas kini berasaskan Android 10 itu bermula Mei 2020.

Namun begitu, HUAWEI tidak pula mendedahkan tarikh spesifik bila kemas kini itu akan mula diberikan bagi setiap model. Kami akan berkongsi maklumat lanjut apabila kemas kini mula diterima secara rasmi nanti.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend