Huawei Mate 10 Akan Terima Fungsi ‘Night Mode’ Seperti P20 Tidak Lama Lagi Comments Off on Huawei Mate 10 Akan Terima Fungsi ‘Night Mode’ Seperti P20 Tidak Lama Lagi

Huawei Mate 10 merupakan peranti yang agak berbaloi untuk dimiliki kerana ketahanan bateri yang agak panjang ia juga tampil dengan kebolehan kamera yang cemerlang. Tapi itu tidak lengkap apabila Huawei P20 hadir dengan penggambaran malam yang dipanggil Night Mode.

Tidak lama lagi pengguna Huawei Mate 10, Mate Pro, dan Mate 10 Porsche Design dikatakan akan menerima satu kemas kini versi BLA-L29C 8.0.0.145 yang mengandungi fungsi Night Mode. Perisian ini juga dalam masa sama membaiki pepijat dan mengoptimumkan prestasi peranti dengan lebih baik.

Baca juga: Huawei P20 Pro Diiktiraf Sebagai ‘Best Photo Smartphone’ Dalam Anugerah TIPA 2018

Kita sedia maklum, fungsi Night Mode membolehkan gambar diambil dalam cahaya yang terhad. Ia merakam beberapa gambar dan akhirnya akan digabungkan untuk menghasilkan sekeping gambar yang mantap. Ketersediaan kemas kini masih belum mendapat tarikh khusus.

Melalui

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend