HUAWEI Malaysia Umum ‘HUAWEI Film Awards’ Melalui Kerjasama Media Prima Berhad Dan Primeworks Comments Off on HUAWEI Malaysia Umum ‘HUAWEI Film Awards’ Melalui Kerjasama Media Prima Berhad Dan Primeworks

HUAWEI Malaysia kini telah mengumumkan ‘HUAWEI Film Awards’ yang pertama di negara ini, dengan mendapat kerjasama daripada Media Prima Berhad dan juga Primeworks Studios Sdn Bhd.

Melalui anugerah ini, matlamat HUAWEI adalah untuk menggalakkan dan menginspirasikan generasi baru pembuat filem profesional dan pencipta kandungan tempatan untuk berkongsi kreativiti mereka melalui cerita yang difilemkan menggunakan mana-mana model telefon pintar keluaran HUAWEI.

Malah HUAWEI turut berharap agar HUAWEI Film Awards akan turut menjadi platform untuk mempertingkatkan lagi kolaborasi antara pembuat filem tempatan, pencipta kandungan dan juga bakat dalam industri yang sama untuk berkongsi pengetahuan perfileman, mengetengahkan kemahiran sinematografi pada telefon pintar, dan dalam masa yang sama mendapat pengiktirafan di peringkat lebih tinggi.

Serentak dengan majlis pelancaran ‘HUAWEI Film Awards’, HUAWEI turut menayangkan filem pendek yang diarahkan oleh pembuat filem dan pencipta kandungan tempatan. – (Dua dari kiri) Kroll Azry, Gavin Yap, Jess Teong, Tuan Faisal dan Nik Amir.

Dalam usaha untuk mencari dan menyokong bakat tempatan dalam pembuatan filem pendek menggunakan telefon pintar, HUAWEI Film Awards akan dibawa ke peringkat Festival Asia Pasifik dengan pembukaan penyertaan dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan juga Filipina.

Pemenang utama anugerah ‘APAC Best Film’ di dalam festival itu akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai USD20,000 (~RM82,852). Penyertaan boleh dihantar ke https://consumer.huawei.com/my/campaign/film-awards/submission/, dan ia terbuka untuk pembuat filem dan pencipta kandungan menggunakan telefon pintar, selewat-lewatnya 11.59 malam pada 25 Februari 2020.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend