Huawei Malaysia Tidak Mungkin Membawa Masuk Porsche Design Mate 20 RS 0 427

Sebanyak empat model yang diperkenalkan pada pelancaran siri Huawei Mate 20 di London bulan lalu. Dua daripadanya telah berada di ruang pameran manakala satu lagi akan mula dijual di negara ini pada 11 November 2018.

Seperti tahun lepas, pihak Huawei telah membawa masuk model paling premium mereka iaitu Porsche Design Mate 10 dan Mate RS masing-masing pada harga runcit RM6,999 seunit. Bagaimanapun untuk model terbaru ini, kami juga tertanya-tanya adakah Mate 20 RS akan dibawa masuk ke pasaran tempatan secara rasmi?

Soalan ini kami telah ajukan kepada pihak Huawei Malaysia lantas jawapan yang diberikan adalah “ia tidak mungkin akan dibawa masuk kerana harganya yang terlalu tinggi”. Pada hemat kami, tidak mustahil peranti ini akan dibawa masuk oleh pihak ketiga. Persoalannya, adakah harganya masih kekal seperti generasi sebelum ini?

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend