Huawei Malaysia Tawar Sejumlah Hadiah Menarik Apabila Anda Membeli Mate 20 X 0 229

Seperti sedia maklum, siri Huawei Mate 20 hadir dalam tiga model iaitu Mate 20, Mate Pro, dan Mate X. Setakat ini, di pasaran Malaysia, orang ramai hanya boleh mendapatkan versi asas dan versi Pro sementara versi X masih belum dijual di negara ini.

Bersempena kempen 11.11 ini, Huawei mengumumkan mereka bakal membawa masuk Mate 20 X untuk pengguna di Malaysia dengan tanda harga RM3,199 seunit. Pilihan warna yang ditawarkan pula ialah Midnight Blue dan Phantom Silver.

Bagi menyambut kehadiran peranti ini, Huawei turut menyertakan tiga hadiah menarik kepada para pelanggan antaranya:

  • Huawei M-Pen
  • Huawei Mate 20 X case
  • Huawei Wireless Keyboard (hanya boleh ditebus melalui VIP App. Siapa cepat dia dapat.)

Pengguna Mate 20 X secara automatik akan menjadi ahli Mate20 VIP dimana berpeluang menikmati tawaran hadiah sehingga RM10,000. Anda juga boleh merujuk artikel lepas untuk maklumat lanjut.

Huawei Tawar Ganjaran Sehingga RM10,000 Kepada Pembeli Siri Mate 20

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend