Huawei Malaysia Sahkan Ketersediaan Kemas Kini EMUI 9.1 Untuk Lapan Model, Termasuk Siri Huawei Mate 20 Comments Off on Huawei Malaysia Sahkan Ketersediaan Kemas Kini EMUI 9.1 Untuk Lapan Model, Termasuk Siri Huawei Mate 20

Melalui aplikasi HiCare yang siap dipasang pada peranti yang dioperasikan dengan EMUI, Huawei Malaysia telah mendedahkan pelan naik taraf sistem operasi EMUI untuk peranti terpilih keluaran Huawei dan juga Honor.

Sebagaimana yang dinyatakan, kemas kini EMUI 9.1 telah disahkan sudahpun diumumkan akan diberikan kepada lapan model keluaran Huawei dan juga Honor bermula Jun 2019 ini. Berdasarkan senarai rasmi yang dikongsikan, siri Huawei Mate 20 iaitu model Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X dan juga Mate 20 RS Porsche Design merupakan antara model terawal yang akan menerima kemas kini EMUI 9.1, bermula minggu depan iaitu pada 27 Jun 2019.

Lebih menariknya, empat model lagi iaitu Huawei P20 Lite, Huawei Nova 3e, Huawei Y9 (2018) dan juga Honor 9 Lite sudahpun menerima kemas kini EMUI 9.1 ini bermula 12 Jun 2019 yang lalu. Namun begitu, memandangkan ketersediaan kemas kini ini diberikan secara berperingkat-peringkat, tarikh penerimaannya adalah berbeza bagi setiap peranti.

Manakala untuk peranti lain yang sebelum ini telah disahkan akan menerima kemas kini EMUI 9.1, bakal menerimanya pada masa akan datang. Melalui EMUI 9.1, ia membawakan pelbagai penambahbaikan dan juga fungsi baharu seperti sokongan GPU Turbo 3.0, sistem fail EROFS yang lebih pantas, sokongan VLOG, Huawei Share OneHop dan sebagainya.

Baca juga:

Apa Keistimewaan EMUI 9.1 Berbanding Versi EMUI Sebelum Ini?!

Senarai Rasmi 34 Model Telefon Pintar Dan Tablet Huawei Yang Akan Menerima Kemas Kini EMUI 9.1

Senarai Rasmi 15 Model Telefon Pintar Dan Tablet Honor Yang Akan Menerima Kemas Kini EMUI 9.1

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend