Huawei Malaysia Raikan Tahun Baru Cina Dengan Menawarkan Hadiah Percuma Mencecah RM999 – Sehingga 28 Jan 2019 Comments Off on Huawei Malaysia Raikan Tahun Baru Cina Dengan Menawarkan Hadiah Percuma Mencecah RM999 – Sehingga 28 Jan 2019

Bermula hari ini hingga 28 Januari 2019 nanti, setiap pembelian peranti Huawei terpilih akan turut pelbagai hadiah menarik percuma bernilai sehingga RM999. Bagi meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina, Huawei telah menganjurkan empat tawaran hebat iaitu Fortune Pouch, Happiness Pouch, Healthy Pouch dan juga Wisdom Pouch.

Fortune Pouch

Sepanjang promosi ini, setiap pembelian Huawei P20 Pro (RM2,949) atau Huawei P20 (RM2,329) akan menerima hadiah percuma bernilai RM999. Pembelian kedua-dua model ini akan menerima Huawei Body Fat Scale (RM196), Huawei TalkBand B5 (RM699), baucar tunai online bernilai RM104 untuk pembelian aksesori, dan juga hadiah misteri.

Happiness Pouch

Pembelian empat model Huawei terpilih iaitu Huawei Y Max (RM1,299), Huawei Y9 2019 (RM899), Huawei Nova 3i (RM999), dan juga Huawei Nova 3 (RM1,699) pula akan menerima hadiah percuma bernilai RM268. Hadiah percuma itu termasuklah Huawei A2 Band (RM169), botol air kaca berwarna (RM49), baucar tunai online bernilai RM50, dan juga hadiah misteri.

Health Pouch

Setiap pembelian Huawei Mate 20 (RM2,399), pembeli akan menerima Huawei Soundstone(RM218), Huawei Body Fat Scale (RM196), Huawei AM116 Earphone (RM48), dan hadiah misteri. Manakala pembelian Huawei Mate20 X (RM3,199) pula akan menerima hadiah percuma berupa Huawei Mate 20 X Flip Cover (RM128), Huawei Mate 20 X M-Pen (RM158), Huawei Body Fat Scale (RM196), dan hadiah misteri.


Lebih istimewa, anda juga boleh membuat pakej pembelian Huawei Mate 20 + Watch GT atau Huawei Mate 20 X + Watch GT dengan potongan harga sebanyak RM110. Tawaran pakej pembelian menarik ini akan sah sehingga 13 Februari 2019 nanti.

Wisdom Pouch

Sekiranya anda mencari sebuah komputer riba dinamik, Huawei MateBook D telah ditawarkan pada harga yang lebih menarik iaitu RM2,888 (RM2,999). Pembelian komputer riba ini akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM957 secara percuma iaitu Microsoft 365 Home (RM359), Huawei Backpack (RM249), Huawei Wireless Mouse (RM249), baucar tunai bernilai RM100, dan juga hadiah misteri.

Promosi hebat ini hanya boleh dinikmati melalui pembelian di Huawei Online Store sahaja.

Baca juga:

Huawei Mate 20 Dan Huawei Nova 3i Kini Dijual Pada Harga RM2,399 Dan RM999 Bermula 21 Januari 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend