Huawei Malaysia Memperkenalkan Warna Edisi Terhad Pink Gold Untuk Model Huawei Nova 3e Comments Off on Huawei Malaysia Memperkenalkan Warna Edisi Terhad Pink Gold Untuk Model Huawei Nova 3e

Pada bulan Mei yang lalu Huawei Malaysia telah memperkenalkan Huawei nova 3e sebagai model peranti kelas pertengahan pada harga RM1,320. Dua pilihan warna ditawarkan pada masa itu ialah Klein Blue dan Midnight Black.

Bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan, kini Huawei nova 3e boleh didapati dengan pilihan warna Pink Gold. Harga yang ditawarkan masih lagi sama dan ia boleh dibeli di mana-mana kedai Huawei Experience Store atau kedai sah Huawei di seluruh negara.

Huawei nova 3e dilengkapi skrin FullView Display 5.84-inci yang dikuasakan cipset Kirin 659 bersama memori sebesar 4GB dan storan seluas 128GB yang menyokong kad memori tambahan. Sistem kamera dipadankan dengan dwi sensor 16MP + 2MP di belakang dan kamera swafoto 24MP, disamping menawarkan ciri AR Lens untuk pengalaman penggambaran yang lebih baik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend