Huawei Malaysia Melancarkan P20 Pada Harga RM2599 Dan P20 Pro Berharga RM3299 Comments Off on Huawei Malaysia Melancarkan P20 Pada Harga RM2599 Dan P20 Pro Berharga RM3299

Jenama telefon pintar kedua terbesar di Malaysia iaitu Huawei hari ini telah melancarkan dua model yang paling dinanti-nantikan iaitu siri P20 untuk pasaran di Malaysia secara rasmi. Dengan mengekalkan kolaborasi berterusan dengan Leica sejak siri P9, siri Huawei P20 kini boleh mula dibeli melalui kedai jenama Huawei, pengedar sah, Senheng dan juga telco tempatan iaitu Celcom, Digi dan Maxis mulai 6 April 2018 nanti.

Huawei P20 yang dijual pada harga RM2599 menawarkan sokongan paparan skrin berukuran 5.8 inci LCD RGBW dengan resolusi 2240 x 1080 piksel. Ia turut dilengkapi dengan RAM berkapasiti 4GB, bateri sebesar 3400 mAh, dan juga penggambaran Leica dwi kamera beresolusi 12 Megapiksel (RGB, f/1.8) + 20 Megapiksel (Monokrom, f/1.6).

Huawei P20 Pro pula boleh dimiliki pada harga RM3299 dengan sokongan paparan skrin lebih besar iaitu 6.1 inci OLED beresolusi 2240 x 1080 piksel. Kapasiti RAM yang disokong oleh P20 Pro juga lebih besar iaitu 6GB dengan kapasiti bateri mencecah 4000 mAh. Apa yang lebih istimewa, ia merupakan peranti pertama di dunia menyokong tiga lensa kamera daripada Leica untuk penggambaran yang lebih memukau dengan penyediaan lensa 40 Megapiksel (RGB, f/1.8) + 20 Megapiksel (Monokrom, f/1.6) + 8 Megapiksel (Telefoto, f/2.4).

Kedua-dua variasi Huawei P20 dan P20 Pro menawarkan ruang storan sebesar 128GB, dikuasakan dengan pemproses HiSilicon Kirin 970 dengan teknologi AI, dioperasikan oleh EMUI 8.1 berasaskan Android 8.1 Oreo. Terdapat tiga warna pilihan ditawarkan iaitu Black, Midnight Blue dan juga Pink Gold.

Tiga warna pilihan ditawarkan untuk pasaran tempatan iaitu Black, Midnight Blue dan Pink Gold.

Bersempena pelancaran siri Huawei P20, Huawei Malaysia akan mengadakan ‘Huawei P20 Roadshow’ bermula dari 6 hingga 8 April 2018 ini di LG Floor, Blue Concourse, Sunway Pyramid. Dengan setiap pembelian P20 atau P20 Pro, pembeli boleh membawa pulang pelbagai hadiah menarik bernilai RM999 secara percuma seperti pencetak Canon Pixma E3170, Huawei Sport Bluetooth Headphone (AM61) dan banyak lagi ganjaran eksklusif yang lain.

Dengan setiap pembelian Huawei P20 atau P20 Pro, pengguna boleh mendapatkan pelbagai ganjaran menarik melalui aplikasi eksklusif yang hanya tersedia pada dua model ini.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend