HUAWEI Malaysia Lancar MateBook X Pro Dengan Sokongan Intel Core i7 Gen 10, Dijual Bermula 16 Mei Comments Off on HUAWEI Malaysia Lancar MateBook X Pro Dengan Sokongan Intel Core i7 Gen 10, Dijual Bermula 16 Mei

Pada tahun 2018 yang lalu, HUAWEI telah memperkenalkan inovasi dalam industri komputer riba dengan penawaran model MateBook X Pro generasi pertama dengan sokongan paparan skrin penuh FullView.

Ternyata tahun ini HUAWEI telah membawakan penambahbaikan dengan kemunculan versi 2020 untuk model HUAWEI MateBook X Pro, MateBook 13, MateBook D 14 dan juga MateBook D 15 yang akan mula dijual di pasasaran tempatan bermula 16 Mei 2020.

HUAWEI MateBook X Pro

MateBook X Pro versi 2020 adalah merupakan komputer riba terbaik keluaran HUAWEI yang mengekalkan rekaan skrin 3K 13.9 inci LTPS Ultra FullView Display dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 91%.

Dilengkapi panel skrin sentuh sehingga 10-poin sentuhan dengan fungsi Fingers Gesture Screenshot, MateBook X Pro menjanjikan penampilan premium dengan kerangka logam unibodi dengan ketebalan 14.6mm dan berat hanya 1.33kg.

Dikuasakan dengan pemproses Intel Core i7-10510U dan NVIDIA GeForce MX250 (2GB DDR5), pasaran Malaysia akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Space Grey dan juga warna baharu dalam kuantiti terhad – Emerald Green.

HUAWEI MateBook 13

Disasarkan untuk golongan profesional muda, MateBook 13 turut dikuasakan dengan tiga pilihan pemproses berbeza iaitu generasi ke-10 Intel Core i7 dan i5, serta AMD Ryzen 5 3500U. Ia juga tersedia dengan 16GB RAM, dan juga paparan skrin sentuh FullView Display beresolusi 2K.

Menyokong nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 88%, MateBook 13 dengan rekaan nipis ini hanya seberat 1.3kg. Ditawarkan dalam satu warna sahaja iaitu Space Grey, ia memiliki butang kuasa dengan sokongan pengimbas cap jari terbina-dalam untuk akses selamat yang lebih pantas.

HUAWEI MateBook D 14 / MateBook D 15

Bagi golongan pengguna yang inginkan komputer riba premium pada tanda harga yang lebih kompetitif, HUAWEI turut memperkenalkan edisi baharu MateBook D 14 dan MateBook D 15 untuk pasaran tempatan.

Dengan mengekalkan rekaan kerangka premium dalam warna Mystic Silver, MateBook D 14 memiliki ketebalan hanya 15.9mm dengan berat 1.38kg, manakala MateBook D pula memiliki ketebalan 16.9mm dengan berat 1.62kg.

  • Harga dan Ketersediaan

Keempat-empat model komputer riba baharu yang dilancarkan oleh HUAWEI Malaysia ini akan mula dijual secara rasmi untuk pasaran tempatan bermula 16 Mei 2020 di HUAWEI Online Official Store. Istimewanya, setiap pembelian komputer riba ini akan turut ditawarkan dengan hadiah percuma dengan nilai mencecah sehingga RM1,936.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend