HUAWEI Malaysia Dijangka Bakal Melancarkan Peranti Pertama Dengan Rekaan Kamera Terangkat Comments Off on HUAWEI Malaysia Dijangka Bakal Melancarkan Peranti Pertama Dengan Rekaan Kamera Terangkat 407

Hari ini HUAWEI Malaysia dilihat telah berkongsi video acah di Twitter dengan mengesahkan kemunculan peranti terbaharu keluarannya untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Berdasarkan status yang dimuat naik itu, huruf ‘Y’ telah difokuskan dengan menggunakan huruf besar dan pada pendapat kami ia mungkin merujuk kepada siri HUAWEI Y.

Melalui video itu juga, jelas dapat dilihat bahawa ia memfokuskan kepada rekaan kamera terangkat yang pertama kali diperkenalkan pada peranti keluaran HUAWEI. Jika dilihat pada model yang telah diperkenalkan sebelum ini, kami yakin bahawa HUAWEI Malaysia akan membawa masuk model HUAWEI Y9 Prime (2019) atau turut dikenali sebagai HUAWEI P Smart Z untuk pasaran di Eropah.

HUAWEI Y9 Prime (2019) telah dikuasakan dengan cipset Kirin 710F (12nm) yang menjanjikan prestasi lebih baik berbanding Kirin 710, RAM berkapasiti 4GB, ruang storan sehingga 128GB, tiga kamera beresolusi 16MP + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Depth sensor), kamera depan terangkat beresolusi 16MP, skrin 6.59 inci FHD+, dan juga bateri 4000 mAh dengan port USB Type-C.

Walau bagaimanapun, harga dan juga tarikh pelancaran rasmi HUAWEI Y9 Prime (2019) di Malaysia masih lagi belum didedahkan oleh HUAWEI Malaysia buat masa ini. Tetapi pada jangkaan kami, harga jualannya mungkin ditawarkan pada harga kurang daripada RM1,300 sebagaimana siri HUAWEI Y sedia ada di pasaran.

Miliki siri HUAWEI Y secara eksklusif hanya di HUAWEI Online Official Store:

Baca juga:

Telefon Pintar Pertama Huawei Dengan Kamera Depan Terangkat Kini Dilancarkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend