Huawei Malaysia Catat Jualan Melebihi RM3 Juta Dalam ‘Hari Bujang’ 0 278

Seperti yang dimaklumkan platfom e-dagang sangat diterima ramai saban hari lebih-lebih lagi pada kempen 11.11 yang berlangsung semalam di kedai dalam talian Huawei Malaysia. Sebanyak RM3 juta telah diperolehi hasil daripada jualan ‘Hari Bujang’ produk Huawei.

Sepanjang promosi Flash Deals yang diadakan pada jam-jam tertentu, sebanyak 10,000 tontonan dalam masa 60 saat telah direkodkan malah setelah sejam ia diiklankan, hampir kesemua barang telah habis terjual. Antara produk yang menjadi perhatian ramai ialah Huawei Y9 2019 yang dilancarkan pada hari semalam. Huawei memaklumkan sumbangan daripada penjualan peranti tersebut berjaya mengutip lebih daripada RM100,000, sementara untuk siri Nova 3 pula ialah melebihi RM350,000 untuk dua jam yang pertama.

Untuk makluman anda ‘Single Day’ pada setiap 11 November ialah salah satu fenomena global yang diraikan oleh individu yang tiada pasangan (bujang). Hari tersebut kini telah menjadi hari beli-belah terbesar dunia yang diraikan oleh semua golongan termasuklah mereka yang berkeluarga atau anda yang seorang berstatus janda.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend