Huawei Malaysia Akan Turut Memperkenalkan MateBook 13 Dengan Skrin 2K FullView Pada 2 April Ini Comments Off on Huawei Malaysia Akan Turut Memperkenalkan MateBook 13 Dengan Skrin 2K FullView Pada 2 April Ini

Nampaknya tanggal 2 April 2019 nanti bukan sahaja akan menyaksikan kemunculan pertama Huawei P30 dan P30 Pro di negara ini, tetapi Huawei Malaysia turut mengesahkan untuk memperkenalkan komputer riba dengan paparan 2K FullView yang pertama di Malaysia.

Huawei MateBook 13 yang memiliki skrin IPS LCD berukuran 13 inci dengan resolusi 2K (2160 x 1440 piksel) ini akan dikuasakan dengan Intel Core i7-8565U/i5-8265U, menyokong grafik NVIDIA GeForce MX150/Intel UHD Graphics 620, 8GB RAM LPDDR3 (2133 MHz), storan 512GB/256GB SSD, Bluetooth 5.0, bateri 41.8 Wh (65W), speaker stereo Dolby Atmos, backlit chiclet keyboard, dan juga dijana oleh Windows 10.

Pelancaran Huawei MateBook 13 itu nanti bakal memberikan lebih banyak pilihan terhadap komputer riba keluaran Huawei, selain daripada model sedia ada di pasaran iaitu MateBook X Pro dan juga MateBook D 14″. Bagi mendapatkan maklumat berhubung harga dan tarikh jualannya, nantikan pengumumannya pada minggu depan.

Baca juga:

Huawei P30 dan P30 Pro Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 2 April 2019

Huawei MateBook 13 Dan MateBook 14 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Rekaan ‘FullView Display’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend