Huawei Malaysia Akan Mengadakan Pelancaran Jualan Siri Huawei P30 Di 11 Lokasi Berbeza Di Seluruh Negara Comments Off on Huawei Malaysia Akan Mengadakan Pelancaran Jualan Siri Huawei P30 Di 11 Lokasi Berbeza Di Seluruh Negara

Siri Huawei P30 bakal dilancarkan secara rasmi pada malam ini (26 Mac 2019) dan bagi meraikan kehadiran peranti terbaharu itu, Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan untuk memperluaskan lagi lokasi pelancaran jualan berbanding sebelum ini.

Sambutan terhadap jenama Huawei di negara ini sememangnya sangat baik dan ini jelas dapat dilihat apabila peminat Huawei sanggup beratur panjang dalam pelancaran jualan siri Huawei Mate 20 di tiga lokasi berbeza di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Bersempena pelancaran jualan siri Huawei P30 pada tahun ini, Huawei Malaysia akan memperluaskannya di 11 Huawei Experience Store berbeza di seluruh negara seperti berikut:

  1. Kuala Lumpur (2 lokasi)
  2. Pulau Pinang
  3. Kedah
  4. Perak
  5. Johor Bahru
  6. Melaka
  7. Pahang
  8. Kelantan
  9. Sabah
  10. Sarawak

Untuk mengetahui spesifikasi penuh dan juga maklumat berhubung siri Huawei P30, saksikan majlis pelancaran rasminya pada jam 9 malam ini…

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend