
HUAWEI hari ini telah mengumumkan pelancaran sepuluh model siri AirEngine WiFi 6 yang dikuasakan dengan rangkaian 5G terbaharunya untuk pasaran di Asia Pasifik. Siri HUAWEI AirEngine WiFi 6 menawarkan inovasi teknologi terbaik dengan sokongan Smart Antennas dwi-band, perayauan lossless, dan juga Dynamic Turbo.
Antara kesemua 10 produk yang diperkenalkan, siri AirEngine WiFi 6 8760 merupakan model mercu yang mampu capaian tanpa wayar mencapai sehingga 10Gbps.
Menurut ramalan Huawei, sektor perusahaan akan menggunakan sehingga 90 peratus produk WiFi 6 menjelang tahun 2023 nanti, dan ini menjadikan WiFi sebagai teknologi rangkaian yang diperlukan untuk pengeluaran perusahaan dan digitalisasi perkhidmatan yang lebih efisien.