Huawei Lancar Penghala 5G CPE Pro – Kelajuan Muat Turun Sehingga 4.6Gbps Comments Off on Huawei Lancar Penghala 5G CPE Pro – Kelajuan Muat Turun Sehingga 4.6Gbps 433

Huawei baru sahaja melancarkan penghala berteknologi 5G mereka yang dinamakan Huawei 5G CPE Pro. Penghala ini sebenarnya sudah diperkenalkan di China pada akhir bulan lepas tetapi kini ia memasuki peringkat global pula.

Penghala ini dikuasakan modem Balong 5000 yang mana membolehkan ia menawarkan liputan Wi-Fi 5G kepada pengguna. Ia juga menjadi penghala pertama di dunia yang menyokong dua mod dalam satu masa 4G dan 5G. Pada saluran frekuensi Sub6 GHz, Balong 5000 mampu mencatatkan kelajuan muat turun sehingga 4.6Gbps, manakala 4G pula sehingga 1.6Gbps. Ini sekaligus menjadikan ia penghala pertama di dunia yang berjaya mencapai kebolehan muat turun 5G tertinggi mengikut penanda aras industri.

Dipendekkan cerita, Huawei 5G CPE Pro menawarkan sambungan internet yang sangat pantas untuk penstriman video ultra definisi tinggi, permainan video berat, permainan berasaskan VR, malah memainkan media beresolusi 8K tanpa sebarang masalah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend