
Baru-baru ini melalui laman rasmi Weibo, HUAWEI telahpun melancarkan fungsi kira turun (countdown) dengan menggunakan ciri kawalan suara terbina-dalam pada peranti yang dioperasikan oleh EMUI 10.
Melalui fungsi tersebut, pengguna boleh menggunakan arahan suara untuk mengaktifkan fungsi kira turun secara lebih spesifik iaitu untuk kiraan saat, minit dan juga jam. Tidak cukup dengan itu, pengguna juga boleh menggunakan arahan suara untuk memaparkan masa kira turun, menghentikan kira turun dan juga meneruskan kira turun.

Walau bagaimanapun fungsi ini akan hanya diterima melalui kemas kini EMUI 10.0.0.171, dan buat masa ini ia hanya tersedia untuk pemilik peranti EMUI 10 di China sahaja.
Baca juga:
EMUI 10 Kini Telah Dioperasikan Pada Lebih 10 Juta Unit Telefon Pintar Di Seluruh Dunia