Huawei Kongsi 5 Tips Sebelum Anda Pulang Ke Kampung Sempena Cuti Tahun Baru Cina Comments Off on Huawei Kongsi 5 Tips Sebelum Anda Pulang Ke Kampung Sempena Cuti Tahun Baru Cina 599

Cuti raya cina hampir tiba, mungkin majoritinya akan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman. Sebelum itu, kami ingin kongsikan 5 perkara yang anda perlu lakukan sebelum memulakan perjalanan nanti.

#1 – Kekal Selamat Dengan GPS Paling Tepat

Kesesakan lalu lintas tidak dapat dielakkan semasa musim perayaan. Oleh itu, kita cenderung untuk menggunakan jalan pintas atau laluan yang luar biasa (walaupun ia rumit) bagi mengelak kesesakan yang lebih teruk. Jadi, kita perlukan alat GPS tepat yang ada pada siri HUAWEI Mate 20. Ia membolehkan kita sentiasa tiba ke destinasi dengan tepat dan paling penting tidak tersilap jalan. Apa yang membuatkan GPS ini lebih baik berbanding lain ialah teknologi dwi frekuensi L1 & L5 yang dapat memastikan kita pulang tepat pada masanya untuk sesi Lou Sang bersama keluarga.

#2 – Dapatkan Tidur Yang Cukup

Perjalanan yang panjang boleh memenatkan badan. Untuk mengelakkannya, sudah tentu kita perlukan rehat malam yang baik sebelum memulakan perjalanan keesokan harinya. Dengan HUAWEI Watch GT, HUAWEI TruSleep™ 2.0 boleh memantau tempoh dan kualti tidur. Ia memberikan lebih daripada 200 cadangan yang berpotensi untuk membantu kita tidur dengan lebih baik.

#3 – Hiburan Dalam Kereta Seperti VIP

Balik kampung mungkin mengambil masa yang panjang, memenatkan, dan membosankan. Tetapi jangan risau, dengan skrin OLED 7.2 inci yang ada pada HUAWEI Mate 20 X, kita boleh membenamkan diri di dalam dunia kecil seperti menonton video kegemaran ataupun bermain permainan mudah alih yang lebih imersif. Dikuasakan dengan teknologi GPU Turbo 2.0, Mate 20 X menyediakan prestasi yang lebih berkuasa dan lebih lancar tanpa sebarang isu.

#4 – Bekalkan Bateri Yang Tahan Lama

Apa yang lebih buruk lagi jika kita terperangkap dalam lalu lintas dan pada masa sama skrin telefon terpadam lebih awal? Kita semestinya memerlukan telefon pintar dengan bateri yang besar. Dengan kuasa AI pada siri HUAWEI Mate 20, peranti dapat menguruskan kuasa dengan lebih bijak malah dapat memenuhi keperluan kerja dan hiburan setiap hari. Ini bermakna, dengan atau tanpa kesesakan lalu lintas, kita dibekalkan dengan bateri yang mencukupi untuk bertahan sepanjang perjalanan.

#5 – Nikmati Makanan Sempena Tahun Baru Cina (Tapi Perlu Ingat!)

Terlalu banyak hidangan dan makanan ringan semasa Tahun Baru Cina, sudah tentu kita akan mengambil peluang untuk menikmati segala hidangan yang disajikan kepada kita. Tetapi setiap makanan yang dimakan pasti membawa kalori yang banyak, jadi jangan biarkan ia merosakkan suasana musim perayaan kita. Dengan ciri HiVision pada siri Mate 20, ia dapat mengira kalori dalam makanan ringan anda dengan melakukan imbasan padanya. HiVision dapat mengukur jumlah kalori berdasarkan jumlahnya untuk memastikan kita sentiasa mengambil berat tentang pemakanan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend