Huawei Kirin 980 Dilancarkan – Bawa Dua Otak Pintar Untuk Sistem AI Pada Cip 7nm Comments Off on Huawei Kirin 980 Dilancarkan – Bawa Dua Otak Pintar Untuk Sistem AI Pada Cip 7nm

Setelah dimaklumkan beberapa minggu lalu, Huawei hari ini telah melancarkan teknologi terbaharu mereka Kirin 980 secara rasmi. Ia merupakan cip pemproses berteknologi tinggi serta SoC komersial pertama di dunia dibina berasaskan 7nm.

Dibangunkan di kilang TSMC, Taiwan, Kirin 980 kini dilengkapi dengan sistem dwi NPU dengan kebolehan kecerdasan buatan (AI) yang lebih cekap dan lebih pintar untuk kegunaan produktiviti serta hiburan generasi masa depan.

Kirin 980 telah dipadatkan dengan 1.6-kali ganda lebih banyak transistor berbanding Kirin 970 sekaligus menjadikan 6.9 bilion transistor ini menyalurkan 20% peningkatan daripada prestasi dan 40% daripada segi kecekapan. Ini menjadikan aplikasi pada peranti dibuka dengan masa yang sangat singkat dan lancar untuk kerja-kerja multi-tasking. Daripada segi penawaran grafik pula, Mali-G76 menjanjikan tingkat taraf sebanyak 46%. Manakala kecekapan tenaga telah dinaikkan kepada 178%.

Mengulas tentang AI, Kirin 980 mampu mengenal pasti beban kerja permainan serta mengagihkan sumber tenaga mengikut keperluan pada masa itu lantas pengalaman permainan menjadi lebih optimal. Dwi NPU seperti yang disebutkan awal tadi, ia mampu membaca sehingga 4,600 gambar setiap minit iaitu 120% lebih pantas berbanding Kirin 970. Menggunakan sisem pemprosesan imej (ISP) generasi keempat, Kirin 980 menyediakan warna HDR yang lebih jitu dan tajam malah penggambaran dalam cahaya malap juga kini lebih terang.

Menerusi sistem sambungan rangkaian, Kirin 980 dikuasakan modem LTE Cat.21. Kelajuan muat turun kini menyokong sehingga 1.4Gbps berbanding 1.2Gbps pada generasi terdahulu. Oleh itu, liputan serta rangkaian telekomunikasi pada peranti akan menjadi lebih jelas dan lebih pantas.

Untuk makluman anda, Kirin 980 akan dimuatkan pada peranti Huawei Mate 20. Siri terbaharu Mate ini dijadualkan akan dilancarkan pada bulan Oktober kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend