Huawei Kembali Rampas Kedudukan Apple Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Kedua Terbesar Di Dunia Comments Off on Huawei Kembali Rampas Kedudukan Apple Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Kedua Terbesar Di Dunia

Pada tahun 2018 yang lepas, Huawei buat pertama kalinya dalam tempoh tujuh tahun telah berjaya dinobatkan sebagai pengeluar telefon pintar terbesar di dunia, sekaligus menyingkirkan Apple di tempat ketiga. Namun kedudukan itu hanya dinikmati untuk tempoh singkat sebelum Apple kembali merampas kedudukan tersebut.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan oleh IDC (Perbadanan Data Antarabangsa), Huawei sekali lagi telah mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik untuk suku pertama tahun 2019. Berbanding tahun sebelum ini, Huawei telah telah memperlihatkan kenaikan jualan telefon pintarnya mencecah sehingga 50.3%.

Bagi tempoh tiga bulan pertama untuk tahun 2019, Huawei telah berjaya menjual sebanyak 59.1 juta unit telefon pintar, jika dibandingkan dengan tahun 2018 iaitu hanya 39.3 juta unit. Angka jualan yang sangat tinggi ini sekaligus telah meletakkan kedudukan Huawei sebagai pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia iaitu di belakang Samsung.

Apa yang lebih mengejutkan hanya Huawei dan Vivo sahaja yang berjaya mencatatkan kenaikan jualan telefon pintar keluarannya untuk tempoh satu tahun ini. Manakala jenama utama yang lain telah memperlihatkan penurunan jualan telefon pintar iaitu Samsung (-8.1%), Apple (-30.2%) dan Xiaomi (-10.2%).

Sebelum ini Huawei pernah menyasarkan untuk menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu dunia menjelang tahun 2020 nanti, dan nampaknya sasaran itu mungkin mampu menjadi kenyataan berdasarkan laporan yang positif ini.

sumber

Baca juga:

Huawei Sasar Tahun 2020 Untuk Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Dunia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend