Huawei Kemas Kini Harga Siri Huawei Nova 3 Dengan Penurunan Sehingga RM220 Comments Off on Huawei Kemas Kini Harga Siri Huawei Nova 3 Dengan Penurunan Sehingga RM220

Huawei hari ini mengumumkan harga baharu untuk dua peranti hangat mereka Huawei Nova 3 dan Huawei Nova 3i untuk pengguna di Malaysia. Kedua-duanya kini ditawarkan pada harga RM1,699 (asal RM1,919) dan RM1,099 (asal RM1,299) seunit. Penurunan harga ini berkuatkuasa bermula hari ini, 1 November 2018 di semua pengedar rasmi seluruh Malaysia.

Siri Huawei Nova 3 dilengkapi empat kamera untuk pengalaman fotografi yang terbaik disamping dijana cipset Kirin 970 dan Kirin 710 untuk Huawei Nova 3i. Dua peranti ini lengkap dengan skrin bertakuk 6.3-inci FullView Display. Dioperasikan EMUI 8.1 berasaskan Android 8.1 Oreo, ia menyediakan fungsi AR yang menyeronokkan khusus bagi mereka yang gemarkan swafoto menarik. Sokongan GPU Turbo yang tersedia melalui kemas kini perisian juga dapat memastikan pengguna bermain permainan mudah alih dengan lebih lancar.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend