Huawei Keluarkan Video Acah Nova 5, Menguatkan Lagi Dakwaan Sub-Jenama Comments Off on Huawei Keluarkan Video Acah Nova 5, Menguatkan Lagi Dakwaan Sub-Jenama 399

Nova merupakan siri telefon pintar kelas pertengahan Huawei dan baru-baru ini mereka telah dilaporkan akan mengasingkan siri Nova ini kepada sub-jenama baharu. Terkini, Huawei telah mengeluarkan video acah memperlihatkan siri Nova 5 menerusi akaun rasmi mereka di Weibo.

Video pendek berdurasi 15 saat itu turut memberi petanda bukan sahaja pada telefon pintar tetapi pada jenama itu sendiri. Ini kerana sepanjang video, tiada ‘branding’ Huawei dipaparkan bahkan memfokuskan pada nama Nova itu sendiri.

Nova 5 akan dilancarkan pada 21 Jun ini di China dan mengikut perkembangannya, ia akan dilengkapi cip pemproses Kirin 980, hadir dengan skrin 6.39 inci FHD+, bateri 3500 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 40W, serta menyokong kamera depan beresolusi 25MP disamping kamera belakang menggabungkan tiga sensor 48MP + 12.3MP (Ultra Wide Angle) + ToF sensor.

sumber

Baca juga:

Huawei Y9 (2019) Dilaporkan Sudah Mula Menerima Kemas Kini EMUI 9.0 Berasaskan Android 9.0 Pie

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend