Huawei Keluarkan Powerbank 10000mAh Dengan Teknologi Pengecasan Dua Hala 18W Comments Off on Huawei Keluarkan Powerbank 10000mAh Dengan Teknologi Pengecasan Dua Hala 18W 413

Huawei juga dikenali sebagai pengeluar telefon pintar yang maju dalam teknologi pengecasan, ini juga termasuk dalam pengeluaran aksesori seperti powebank. Hari ini, mereka memperkenalkan powerbank terbaharu yang mana ia boleh mengecas dan dicas dengan pantas melalui teknologi dua hala 18W.

Powerbank 10000mAh ini didatangkan dengan dua versi, satu dengan microUSB dan satu lagi versi dengan USB Type-C. Untuk versi microUSB ia telah mula dijual di China pada harga CNY99 (~RM60). Rekaan pada tubuh powerbank ini agak bulat di bahagian sisi untuk membolehkan ia selesa untuk dipegang.

Port yang disediakan pula menempatkan port USB-A dan bersebelahan dengannya adalah port microUSB. Kedua-dua port ini menyokong teknologi 18W sekaligus membolehkan ia mengecas peranti dengan pantas selain ia juga boleh dicas dengan tempoh yang lebih pendek berbanding powerbank biasa. Menurut syarikat, bateri polimer yang digunakan mampu mengecas bateri Mate 20 Pro kepada 36% hanya dalam tempoh 30 minit.

Powerbank ini turut dilengkapi sistem identifikasi untuk mengecas peranti. Contohnya jika powerbank ini mengesan ia sedang mengecas sebuah jam tangan pintar, kuasa yang disalurkan akan diturunkan bagi mengelakkan sebarang kerosakan. Daripada segi keselamatan, powerbank Huawei 10000mAh ini telah disertakan 12 protokol keselamatan seperti perlindungan suhu sel, pengecasan berlebihan, perlindungan dwi litar pintas, dan sebagainya.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend