HUAWEI Kekal Sebagai Pengeluar Kedua Terbesar Dunia Dengan Peningkatan Tahunan 28.5% Comments Off on HUAWEI Kekal Sebagai Pengeluar Kedua Terbesar Dunia Dengan Peningkatan Tahunan 28.5%

Walaupun HUAWEI berhadapan dengan isu sekatan perdagangan sehingga menyebabkan ketiadaan sokongan aplikasi Google pada telefon pintar keluarannya, HUAWEI buat masa ini masih lagi berjaya mengekalkan momentumnya sebagai jenama pengeluar telefon pintar terbesar di dunia.

Berdasarkan laporan pasaran untuk suku ketiga tahun 2019 yang dikongsikan oleh Counterpoint, pasaran telefon pintar global dilihat tidak begitu banyak berubah berbanding tahun sebelum ini dengan mencatatkan sebanyak 380 juta unit telefon pintar berjaya dijual. Malah hanya empat jenama dilihat berjaya menunjukkan peningkatan jualan telefon pintar iaitu Samsung, HUAWEI, realme dan juga Tecno.

Walaupun Samsung mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia, ia hanya mencatatkan peningkatan tahunan sebanyak 8.4%. Manakala HUAWEI pula berjaya mencatatkan peningkatan tahunan yang sangat positif iaitu 28.5%, dan menguasai 42% pasaran di China.

sumber

Baca juga:

HUAWEI Satu-Satunya Jenama Telefon Pintar Yang Mencatatkan Pertumbuhan Positif Di China

HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Versi 5G Habis Terjual Di Vmall China Dalam Tempoh 7 Minit

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend