Huawei Jangka Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat Bakal Dijual Sekitar RM4,500 Pada Masa Akan Datang Comments Off on Huawei Jangka Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat Bakal Dijual Sekitar RM4,500 Pada Masa Akan Datang 427

Huawei sebelum ini telahpun melancarkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat keluarannya yang pertama dengan kemunculan model Huawei Mate X. Rekaan inovasi ini walau bagaimanapun telah melibatkan kos R&D, sekaligus telah menyebabkan harga jualannya yang sangat tinggi iaitu mencecah €2,299 iaitu kira-kira RM10,558.

Melalui temu ramah dengan portal berbahasa Jerman, Richard Yu selaku CEO Huawei telah berkongsi keyakinannya untuk mengambil alih kedudukan Samsung dalam pasaran telefon pintar sekurang-kurangnya bermula tahun 2020 nanti. Jadi melalui penawaran telefon pintar dengan skrin boleh lipat yang masih baru di pasaran, ia sedikit sebanyak dapat membantu memacu pasaran.

Jika harga Huawei Mate X dilihat tidak disasarkan untuk segmen pasaran yang besar, Richard Yu percaya dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi harga untuk telefon pintar dengan skrin boleh lipat mungkin akan mencapai harga jualan sekitar €1,000 (kira-kira RM4,591).

Tambahnya lagi, tidak mustahil sekiranya ada di antara pengeluar China lain yang akan menggunakan teknologi yang telah dipatenkan oleh Huawei itu untuk tampil dengan peranti yang sama pada harga yang jauh lebih murah.

Baca juga:

Huawei Mate X Kini Rasmi Sebagai Telefon Pintar 5G Dengan Skrin Boleh Lipat Yang Pertama Di Dunia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend