HUAWEI HiCar Membolehkan Pengguna Mengawal Pelbagai Fungsi Pada Kenderaan Dengan Lebih Mudah Comments Off on HUAWEI HiCar Membolehkan Pengguna Mengawal Pelbagai Fungsi Pada Kenderaan Dengan Lebih Mudah 213

Berita mengenai kemunculan HUAWEI HiCar bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini ia pernah didedahkan kepada umum dalam acara HUAWEI Developer Conference 2019 yang berlangsung di China pada awal Ogos yang lalu.

Berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat, HUAWEI HiCar merupakan aplikasi yang akan membolehkan anda mengawal pelbagai fungsi di dalam kenderaan melalui sambungan antara telefon pintar dan juga kenderaan. Menariknya baru-baru ini HUAWEI dilihat sudah mula memuat naik video rasmi yang menyaksikan keupayaan HUAWEI HiCar.

Berdasarkan video yang dikongsikan itu, HUAWEI HiCar membenarkan anda mengawal pelbagai fungsi di dalam kenderaan seperti menghidupkan penghawa dingin serta melaras suhu, mengunci atau membuka pintu, membuka bonet, membuka atau menutup tingkap dan banyak lagi.

Malah paparan skrin sentuh di dalam kenderaan juga akan memaparkan antaramuka khas bagi memudahkan anda mengetahui pelbagai maklumat atau status pada telefon pintar. Ini termasuklah peringatan, nota penting, kawalan muzik dari koleksi telefon pintar, membuat panggilan, navigasi peta dan juga kawalan sistem rumah pintar.

Lebih istimewa, ia turut dilengkapi dengan amaran keselamatan ketika memandu, pengambilan gambar pada nombor petak parkir yang akan terus dikongsikan ke telefon pintar secara automatik, dan ia juga membolehkan anda berkongsi video atau gambar perjalanan anda yang diambil menggunakan kamera yang terdapat pada kenderaan.

Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya akan diperkenalkan secara eksklusif untuk siri HUAWEI Mate 30 sahaja buat masa ini. Namun ketersediaan fungsi itu masih lagi terhad untuk pasaran terpilih seperti di China.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend