HUAWEI FreeLace Akan Dijual Di Malaysia Bermula 12 Julai 2019 Dengan Tanda Harga RM369 Comments Off on HUAWEI FreeLace Akan Dijual Di Malaysia Bermula 12 Julai 2019 Dengan Tanda Harga RM369 171

Serentak dengan pelancaran siri HUAWEI P30 di London pada hujung bulan Mac 2019 yang lalu, HUAWEI turut mengumumkan aksesori terbaharunya iaitu HUAWEI FreeLace. Bagi yang sedang menantikan kehadiran fon telinga terbaharu ini, HUAWEI Malaysia telah mengumumkan ketersediaan HUAWEI FreeLace untuk pasaran tempatan bermula esok (12 Julai 2019) pada harga RM369.

Menampilkan rekaan tanpa wayar, HUAWEI FreeLace menyokong teknologi sambungan pintar, audio berkualiti dan juga ketahanan bateri yang lebih lama. Menariknya, HUAWEI FreeLace boleh terus disambungkan ke telefon pintar ataupun dicas pantas, sebaik sahaja ia dicucuk pada port telefon pintar HUAWEI.

Berbeza dengan rekaan fon telinga tanpa wayar yang lain, HUAWEI FreeLace menyokong rekaan intuitif kerana bahagian kanan earbud boleh ditanggalkan daripada butang kawalan volume bagi mengakses penyambung USB Type-C. Pengecasan selama lima minit membolehkan HUAWEI FreeLace memainkan muzik sehingga empat jam lamanya.

HUAWEI FreeLace yang berharga RM369 ini tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Graphite Black dan Amber Sunrise. Ia boleh dibeli di semua kedai jenama HUAWEI di seluruh negara, ataupun melalui HUAWEI Online Official Store.

Baca juga:

Huawei Umum Fon Telinga Dengan Pembatalan Bunyi Menerusi Huawei FreeLace

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend