Huawei FreeBuds Miliki Rekaan Mirip AirPods Dengan Ketahanan Bateri Dua Kali Ganda Lebih Lama Comments Off on Huawei FreeBuds Miliki Rekaan Mirip AirPods Dengan Ketahanan Bateri Dua Kali Ganda Lebih Lama

Pelancaran Huawei P20 dan P20 Pro sememangnya berjaya menarik perhatian ramai, terutamanya model P20 Pro yang menyokong tiga kamera LEICA mencecah sehingga 40 Megapiksel. Dengan rekaan serba baharu dan juga spesifikasi yang berkuasa, kedua-dua model ini walau bagaimanapun tidak lagi disediakan dengan port 3.5mm audio jack.

Jadi bersempena dengan pelancaran P20 dan P20 Pro, Huawei turut mengumumkan kehadiran salah satu aksesori audio terbarunya iaitu Huawei FreeBuds yang memiliki rekaan mirip seperti AirPods yang diperkenallkan oleh Apple pada Disember 2016 yang lalu. Bahkan FreeBuds ini juga turut didatangkan sekali dengan kotak simpanan yang boleh digunakan untuk tujuan mengecas.

Huawei FreeBuds dalam warna putih. (kredit gambar: Vlad Savov / The Verge)

Perbezaan ketara yang dapat dilihat pada FreeBuds ini berbanding AirPods adalah kehadiran earbud yang diperbuat dari silikon bagi memastikan keselesaan ketika memakainya. Malah Huawei FreeBuds ini turut menjanjikan ketahanan bateri dua kali ganda lebih lama berbanding AirPods iaitu mencecah sehingga 10 jam.

Huawei FreeBuds turut ditawarkan dalam warna hitam. (kredit gambar: Vlad Savov / The Verge)

Lebih menariknya, FreeBuds ini turut ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu putih dan hitam. Ia akan dijual di Eropah pada harga €159 iaitu kira-kira RM750.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend