HUAWEI FreeBuds 3 Mula Ditawarkan Di China Pada Harga RM709 Comments Off on HUAWEI FreeBuds 3 Mula Ditawarkan Di China Pada Harga RM709

HUAWEI FreeBuds 3 telah diumumkan pada bulan September yang lalu sebagai True Wireless Stereo (TWS) pertama daripada HUAWEI yang menawarkan ciri pembatalan hingar. Kini fon telinga tersebut telah mula ditawarkan di China melalui jualan pra-tempahan.

Menurut VMALL (kedai dalam talian HUAWEI), FreeBuds dijual pada harga CNY1199 (~RM709) dalam pilihan warna putih dan hitam. TWS ini terbina dengan cip Kirin A1 untuk sambungan yang lebih stabil dan kuat melalui Bluetooth 5.1 dan Bluetooth Low Energy 5.1. Kuasa dari cip ini juga dapat mengenal pasti jalur frekuensi 2.4GHz dari WiFi yang terganggu, seterusnya menukarkan jalur frekuensi ke saluran yang lain. Senang cerita, FreeBuds 3 tidak akan terganggu walaupun anda memakainya dalam persekitaran yang penuh dengan peranti Bluetooth.

Semasa pelancarannya, FreeBuds 3 didakwa TWS yang pertama di dunia yang menawarkan pembatalan hingar. Kini, pesaing HUAWEI iaitu Apple turut menawarkan TWS mereka tersendiri menerusi Apple AirPods Pro. Di Malaysia, AirPods Pro mengenakan tanda harga RM1099 sebuah sementara FreeBuds 3 belum diumumkan lagi.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend