HUAWEI FreeBuds 3 Edisi Terhad Akan Diperkenalkan Dalam Warna Merah Pada 14 Februari 2020 Comments Off on HUAWEI FreeBuds 3 Edisi Terhad Akan Diperkenalkan Dalam Warna Merah Pada 14 Februari 2020

Mula dijual pada 15 November 2019 yang lalu, HUAWEI FreeBuds 3 didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu hitam dan juga putih pada tanda harga RM679.

Menariknya peminat atau pengguna TWS, kini boleh mendapatkan HUAWEI FreeBuds 3 dalam warna baharu iaitu merah dengan kemasan berkilat pada 14 Februari 2020 ini.

Dijual pada harga jualan yang sama iaitu RM679, HUAWEI FreeBuds 3 Valentine Red Edition ini akan ditawarkan untuk unit terhad melalui laman rasmi HUAWEI Online Official Store dan juga wakil penjual HUAWEI yang sah di seluruh negara.

Spesifikasi HUAWEI FreeBuds 3:

  • HUAWEI Kirin A1
  • Bluetooth 5.1
  • 41.5 x 20.4 x 17.8mm (Earbud) / 60.9 x 21.8mm (Sarung pengecas)
  • 4.5g (setiap Earbud) / 48g (Sarung pengecas)
  • 30mAh (setiap Earbud) / 410mAh (Sarung pengecas)
  • Active Noise Cancellation (ANC), Double-tap control
  • Port pengecas: USB Type-C (5V1.2A / 6W) / Qi Standard (2W)
  • Ketahanan bateri: 4 jam masa memainkan muzik (Earbud) / 20 jam masa memainkan muzik dengan sarung pengecas

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend