HUAWEI FreeBuds 3 Datang Dengan Kirin A1, Jadi EarBuds Pertama Menyokong Bluetooth 5.1 Comments Off on HUAWEI FreeBuds 3 Datang Dengan Kirin A1, Jadi EarBuds Pertama Menyokong Bluetooth 5.1 321

HUAWEI FreeBuds 3 kini diperkenalkan secara rasmi sebagai earbuds pertama di dunia yang menyokong ciri pembatalan bunyi bising dan bunyi stereo.

FreeBuds 3 ialah fon telinga canggih yang terbaru daripada HUAWEI. Ia menawarkan audio dengan kesan bunyi sekeliling malah hadir dengan saiz yang kecil serta kompak. Apa yang membezakan FreeBuds 3 dengan generasi terdahulu ialah FreeBuds 3 kini dikuasakan cip Kirin A1.

Kirin A1 dilengkapi sokongan Bluetooth 5.1 dan Bluetooth Low Energy 5.1 yang membolehkan sambungan ke peranti lebih stabil dan kukuh. Melaluinya, fon telinga dapat mengenal pasti jalur frekuensi 2.4GHz dari WiFi yang menggangu, seterusnya akan menukarkan jalur frekuensi ke saluran yang lain.

HUAWEI turut mengatakan FreeBuds 3 sesuai digunakan untuk bermain permainan mudah alih kerana ia menawarkan latensi yang rendah. Rekaan yang selesa juga membolehkan pengguna memakainya untuk tempoh yang panjang. Panggilan telefon juga lebih jelas kerana FreeBuds hadir dengan ciri pembatalan bunyi bising sekaligus dapat memberikan pengalaman panggilan yang berkualiti tinggi.

Daripada segi bateri, FreeBuds boleh memainkan lagu selama empat jam atau sehingga 20 jam bersama bekas simpanannya. Bekas simpanan ini juga boleh dicas tanpa wayar dan ini bermakna ia boleh dicas terus dari telefon pintar Mate 20 Pro atau P30 Pro.

Untuk harga dan ketersediaan, pihak HUAWEI masih belum mengumumkannya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend