HUAWEI FreeBuds 3 Dan Kaca Mata Pintar HUAWEI Akan Dijual Di Malaysia Bermula 15 November Comments Off on HUAWEI FreeBuds 3 Dan Kaca Mata Pintar HUAWEI Akan Dijual Di Malaysia Bermula 15 November 145

Awal bulan Oktober yang lepas, HUAWEI Malaysia telahpun melancarkan telefon pintar terbaharunya dengan penawaran siri Mate 30 untuk pasaran tempatan. Serentak dengan majlis pelancaran tersebut, HUAWEI turut mendedahkan harga untuk pelbagai produknya yang lain dan ini termasuklah HUAWEI FreeBuds 3 dan juga kaca mata pintar pertama keluarannya.

HUAWEI FreeBuds 3 akan ditawarkan dalam warna pilihan hitam dan putih di Malaysia.

Bermula 15 November 2019 nanti, pengguna di negara ini sudahpun boleh membeli HUAWEI FreeBuds 3 berharga RM729 yang akan mula dijual secara rasmi. Selain itu, HUAWEI juga akan turut memperkenalkan kaca mata pintar pertamanya iaitu HUAWEI x Gentle Monster Eyewear pada harga RM1,599 yang akan ditawarkan dalam kuantiti yang terhad.

Selain dua produk tersebut, HUAWEI Malaysia juga telah mengesahkan akan mula menjual pelbagai produk terbaharunya untuk pengguna tempatan pada tarikh yang sama. Menariknya, setiap pembelian produk yang ditawarkan ini akan turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM588 seperti berikut:

  • HUAWEI Mate 30 Pro (RM3,899) → Hadiah percuma eksklusif bernilai RM588
  • HUAWEI Mate 30 (RM2,799) → Hadiah percuma eksklusif bernilai RM588
  • HUAWEI MateBook 13″ i7 (RM4,399) → Beg galas dan tetikus Bluetooth bernilai RM498
  • HUAWEI MateBook 13″ i5 (RM3,599) → Beg galas dan tetikus Bluetooth bernilai RM498
  • HUAWEI WiFi Q2 Pro (RM499) → WiFi Q2 Pro Satellite bernilai RM169
  • HUAWEI Watch GT2 (RM799) → Tali jam bernilai RM69

Bagi yang berminat, anda boleh membuat pembelian melalui laman HUAWEI Online Official Store

Baca juga:

Miliki HUAWEI Mate 20 Pro Berharga RM1699 Dan Banyak Lagi Sempena ‘HUAWEI Super Sales 11.11’

HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Akan Dijual Pada Harga RM2799 Dan RM3899

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend