Huawei Enjoy 9 Kini Muncul Di TENAA Dengan Pengesahan Skrin HD+ Sebesar 6.26″ Dan Bateri 3900 mAh 0 254

Spesifikasi dan juga rekaan awal Huawei Enjoy 9 yang merupakan varian lebih rendah untuk model Huawei Enjoy 9 Plus (juga dikenali sebagai Huawei Y9 2018) sebelum ini telahpun tertiris di Internet.

Hari ini ketirisan spesifikasi Huawei Enjoy 9 telah berjaya disahkan dengan lebih tepat apabila ia telah berjaya melepasi piawaian TENAA di China. Sebagaimana yang tertiris sebelum ini, ia disahkan menyokong skrin berukuran 6.26 inci HD+ (1520 x 720 piksel) dan akan dikuasakan dengan pemproses lapan teras berkelajuan 1.8GHz daripada Qualcomm Snapdragon 450.

Ia juga sah akan hadir dalam dua varian iaitu 3GB + 32GB dan juga 4GB + 64GB, dengan sokongan slot kad microSD sehingga 512GB. Manakala untuk penggambaran pula, Huawei Enjoy 9 memiliki dwi kamera 13MP + 2MP dan juga kamera swafoto beresolusi 8MP. Dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo, ia dilihat menyokong bateri berkapasiti 3900 mAh dengan dimensi berukuran 158.92 x 76.91 x 8.1mm.

Dengan kemunculannya di TENAA, ini secara tidak langsung memberi petanda Huawei Enjoy 9 bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Baca juga:

Huawei Enjoy 9 Merupakan Varian Lebih Mampu Milik Untuk Model Huawei Y9 (2018)

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend