HUAWEI Enjoy 10 Dengan Cipset Kirin 810 Dan Kamera Terangkat Dijangka Akan Dilancarkan Bulan Ini Comments Off on HUAWEI Enjoy 10 Dengan Cipset Kirin 810 Dan Kamera Terangkat Dijangka Akan Dilancarkan Bulan Ini 151

Melalui perkongsian yang telah dibuat oleh portal HuaweiCentral, HUAWEI dijangka akan melancarkan satu lagi model terbaharunya daripada siri Enjoy, khusus untuk pasaran di China. Sebagai rujukan, siri Enjoy lebih dikenali sebagai siri Y untuk pasaran global yang lain.

Berdasarkan maklumat awal yang diperolehi, HUAWEI akan melancarkan model Enjoy 10 dalam masa terdekat ini dan ia dijangka akan menampilkan sokongan spesifikasi mirip seperti HUAWEI Y9 Prime 2019. Dilengkapi dengan paparan skrin 6.59 inci FHD+, ia akan menggunakan rekaan kamera terangkat.

HUAWEI Y9 Prime 2019 merupakan model pertama daripada siri Y yang hadir dengan sokongan tiga kamera dan juga kamera swafoto terangkat.

Ia juga dipercayai akan dikuasakan dengan cipset 7nm terbaharu daripada HUAWEI iaitu Kirin 810, dan turut menampilkan sokongan tiga kamera beresolusi 48MP + 8MP + 2MP. Walaupun tiada maklumat lebih lanjut didedahkan, mungkinkan HUAWEI Enjoy 10 akan dikenali sebagai HUAWEI Y9 Pro 2019 untuk pasaran global?!

sumber

Baca juga:

[Ulasan] HUAWEI Y9 Prime 2019 – Peranti Pertama HUAWEI Dengan Rekaan Kamera Terangkat

Harga Alat Ganti Tanpa Jaminan Waranti Untuk HUAWEI Y9 Prime 2019 Kini Dikongsikan Di HiCare

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend