HUAWEI Disahkan Akan Mendedahkan EMUI 10 Berasaskan Android Q Secara Rasmi Pada 9 Ogos 2019 Comments Off on HUAWEI Disahkan Akan Mendedahkan EMUI 10 Berasaskan Android Q Secara Rasmi Pada 9 Ogos 2019 241

HUAWEI sebelum ini telah dilaporkan akan mengadakan acara HUAWEI Developer Conference 2019 (HDC 2019) di China bermula 9 hingga 11 Ogos 2019 nanti. Malah ada khabar angin yang mendedahkan HongMeng OS akan didedahkan buat pertama kalinya dalam acara tersebut.

Nampaknya kali ini portal HuaweiCentral telah berjaya mendedahkan bahawa HUAWEI akan turut mendedahkan antaramuka baharu untuk EMUI 10 yang dibangun berasaskan Android Q. Perkara ini telah disahkan melalui perkongsian jadual ucaptama HDC 2019 yang jelas telah menyelitkan slot untuk EMUI 10.0 dengan slogan ‘Linking the future of the world’ yang akan berlangsung pada 9 Ogos 2019 nanti.

Buat masa ini EMUI 10 masih lagi di peringkat beta dan dipercayai sedang diuji pada peranti HUAWEI P30 Pro, jadi berkemungkinan versi stabil akan hanya mula didedahkan kepada umum sewaktu acara itu berlangsung tidak lama lagi.

Baca juga:

Antaramuka Awal EMUI 10 Berasaskan Android Q Untuk Peranti HUAWEI Mula Tertiris

Fungsi Antaramuka Gelap Pada EMUI 10 Berasaskan Android Q Beta Kini Dikenali Sebagai ‘Dark Mode’ Dan Lebih Mudah Diakses

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend