Huawei Dilaporkan Mula Menjemput Pembangun Untuk Menawarkan Aplikasi Mereka Di Dalam AppGallery Comments Off on Huawei Dilaporkan Mula Menjemput Pembangun Untuk Menawarkan Aplikasi Mereka Di Dalam AppGallery 597

Isu berhubung sekatan perdagangan terhadap jenama Huawei mungkin baru sahaja sampai ke kemuncaknya, tetapi Huawei sebenarnya lebih awal menjangkakan perkara itu sejak dari awal lagi. Ini jelas dapat dilihat melalui perancangan awal Huawei untuk menghadapinya dengan mengumumkan ketersediaan sistem operasi miliknya iaitu ‘Hongmeng OS’ yang telah dibangunkan sejak tahun 2012 lagi.

Bahkan Huawei juga lebih awal telah tampil dengan kedai aplikasinya sendiri dengan kehadiran ‘AppGallery’ yang telahpun dipasang siap pada peranti keluarannya. Tidak cukup dengan itu, Huawei juga sebelum ini telah dilaporkan bekerjasama dengan Aptoide sebagai alternatif untuk kedai aplikasi Google Play Store.

Antaramuka kedai aplikasi ‘AppGallery’ yang diperkenalkan oleh Huawei.

Menariknya, portal XDA Developers baru-baru ini telah mendedahkan bahawa ada pembangun aplikasi popular telah berkongsi emel yang dihantar oleh Huawei. Berdasarkan kandungan emel tersebut, Huawei dikatakan telah menjemput para pembangun untuk menyertai komuniti ‘Huawei Developer’ secara percuma.

Huawei juga sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan pembelian aplikasi dalam-aplikasi menggunakan telco tempatan untuk AppGallery.

Melalui emel itu juga, Huawei turut berkongsi bahawa sebanyak 350 juta telefon pintar keluarannya telah berjaya dijual dalam tempoh dua tahun ini, dan separuh daripadanya adalah dari pasaran barat. Malah aplikasi ‘AppGallery’ juga telah siap dipra-pasang pada kesemua peranti keluarannya di seluruh dunia, dan memiliki seramai 270 juta pengguna aktif setiap bulan.

Siri Huawei P20 merupakan telefon pintar pertama daripada Huawei yang tersedia dengan kedai aplikasi ‘AppGallery’ secara pra-pasang.

Menurut Huawei lagi, setakat ini seramai 560,000 pembangun aplikasi telah menyertai komuniti yang diperkenalkan, dan Huawei telah berjanji untuk sentiasa komited dalam memberikan sokongan sepenuhnya kepada para pembangun untuk menerbitkan aplikasi mereka di dalam AppGallery.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend