Huawei Dilaporkan Akan Mula Menghasilkan Telefon Pintar Keluarannya Di India Bermula Tahun Hadapan Comments Off on Huawei Dilaporkan Akan Mula Menghasilkan Telefon Pintar Keluarannya Di India Bermula Tahun Hadapan

Huawei bukanlah satu jenama yang asing lagi di kalangan pengguna telefon pintar di seluruh dunia, tambahan lagi sejak kebelakangan ini ia sering tampil dengan model baharu yang mampu menarik minat pembeli. Jika sebelum ini ia hadir dengan Huawei P20 Pro yang menjadi peranti pertama menyokong tiga lensa kamera daripada LEICA, kini keupayaan penggambarannya telah diperhebatkan lagi dengan kemunculan siri Huawei Mate 20.

Melalui perkongsian kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden Huawei Global iaitu Jim Xu, mereka akan memperkukuhkan lagi jenama itu pada masa akan datang. Ini berikutan laporan yang mengatakan bahawa Huawei akan memulakan pembuatan telefon pintar keluarannya di India bermula tahun hadapan.

Malah Huawei juga telah merancang untuk membuka lebih kurang 1,000 kedai eksklusif jenama itu pada masa akan datang. Lebih menariknya, Huawei dikatakan akan memfokuskan pasaran peranti premium dan flagship menjelang tahun 2019 nanti, dan pendekatan ini sama sekali berbeza dengan jenama lain dari China yang lebih memfokuskan peranti kelas pertengahan dan mampu milik.

Sumber

Pra-Tempah Siri Huawei Mate 20 Dan Siri MateBook Pada 19 Hingga 22 Oktober Untuk Mendapatkan Hadiah Percuma

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend