Huawei Dilaporkan Akan Memperkenalkan Empat Peranti 5G Pada Tahun Ini Comments Off on Huawei Dilaporkan Akan Memperkenalkan Empat Peranti 5G Pada Tahun Ini 515

Semasa Persidangan Analisis Global Huawei tempoh hari, seramai 700 penganalisis dilaporkan telah menghadiri persidangan ini. Pada masa itu Huawei telah mengumumkan strategi berhubung rangkaian 5G mereka. Cadangan yang digariskan adalah ingin memperlihatkan sekurang-kurangnya empat model telefon pintar berteknologi 5G pada tahun ini.

Peranti pertama yang akan mula dijual adalah penghala berkelajuan tinggi, Huawei CPE iaitu pada bulan Jun dan seterusnya telefon pintar boleh-lipat, Huawei Mate X pada bulan Julai depan. Ini sekaligus menyangkal dakwaan Huawei akan menunda tarikh pelancaran telefon pintar 5G pertama mereka berikutan masalah skrin.

Pada bulan Oktober pula, Huawei dikatakan akan memperkenalkan sekurang-kurangnya satu telefon pintar 5G di bawah siri Mate atau siri Nova. Sementara Huawei Mate 20 X 5G pula dilihat tidak tersenarai di dalam pelan cadangan terbaru mereka.

Walaupun masih berbaki lebih kurang dua bulan, pihak media seluruh dunia kini dilihat memberi tumpuan kepada Huawei Mate X memandangkan Samsung telah menunda tarikh pelancaran peranti boleh-lipat, Galaxy Fold.

Harap-harap perkara yang sama tak berlaku la ya dekat Huawei Mate X!

Baca juga:

Tun M Menerima Panggilan Video 5G Pertama Menggunakan Huawei Mate X

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend