Huawei Dilapor Akan Terjah Pasaran Televisyen Pintar Comments Off on Huawei Dilapor Akan Terjah Pasaran Televisyen Pintar

Huawei jenama telefon pintar paling meningkat naik kini dilaporkan dalam proses menceburi pasaran televisyen apabila syarikat berkenaan telah mula memohon menggunakan tanda dagang ‘Huawei AI Window’ untuk barisan televisyen pintar mereka.

Terdahulu, dikhabarkan Huawei akan melancarkan produk televisyen pintar di bawah nama Honor, bagaimanapun kemungkinan syarikat gergasi China ini merancang untuk memperkenalkan dua produk keluaran Honor dan satu lagi daripada ‘Huawei AI Window’.

Permohonan untuk memiliki terma ‘Huawei AI Window’ turut mencadangkan televisyen berkenaan akan dikuasakan teknologi kecerdasan buatan. Daripada segi perisian pula, sehingga kini Huawei masih belum mengesahkan sama ada mereka akan menggunakan sistem operasi Android ataupun perisian yang dibangunkan sendiri.

Dokumen yang berkaitan juga menunjukkan televisyen pintar Huawei akan menerjah pasaran dalam tempoh enam bulan daripada sekarang. Mungkin kita akan mendengar berita lanjut di acara CES 2019 yang akan berlangsung di Las Vegas bulan hadapan.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend