Huawei Dikhabarkan Akan Turut Memperkenalkan Watch GT Active Dan GT Elegant Pada 26 Mac 2019 Comments Off on Huawei Dikhabarkan Akan Turut Memperkenalkan Watch GT Active Dan GT Elegant Pada 26 Mac 2019 446

Serentak dengan pelancaran siri Huawei Mate 20 pada Oktober 2018 yang lalu, Huawei dilihat turut memperkenalkan jam tangan pintarnya iaitu Huawei Watch GT.

Berdasarkan pendedahan yang dikongsikan oleh portal WinFuture, Huawei dilaporkan mungkin akan turut melancarkan dua lagi model jam tangan pintarnya, serentak dengan pelancaran siri Huawei P30 pada 26 Mac 2019 nanti. Dua model yang bakal diperkenalkan itu adalah Huawei Watch GT Active dan GT Elegant.

Buat masa ini masih belum ada sebarang spesifikasi yang berjaya didedahkan berhubung kedua-dua jam tangan pintar itu, tetapi ia dkhabarkan akan menggunakan sistem operasi yang dibangunkan sendiri oleh Huawei. Selain itu, ia juga akan mengekalkan sokongan panel skrin sentuh OLED berukuran 1.39 inci sama seperti sebelum ini.

Manakala secara fizikalnya, Huawei Watch GT Active dan GT Elegant menampilkan sedikit kelainan seperti kemasan warna bezel yang tampil lebih gelap, rekaan gelung pada muka jam yang diperbaharui, dan juga memiliki rekaan tali jam yang berbeza jika dibandingkan dengan Huawei Watch GT sebelum ini.

Huawei Watch GT sebelum ini telah diperkenalkan pada Oktober 2018 yang lalu.

Dipercayai akan ditawarkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih, kedua-dua jam tangan pintar ini dikatakan akan dijual pada harga €249 (RM1,144) untuk model Watch GT Active dan €229 (RM1,052) untuk model Watch GT Elegant.

sumber

Baca juga:

Siri Huawei P30 Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 26 Mac 2019 Di Paris

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend