Huawei Dijangka Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Tahun Hadapan Comments Off on Huawei Dijangka Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Tahun Hadapan 527

Penghujung tahun lalu kita telah dimaklumkan oleh Huawei bahawa mereka telah mengedarkan sebanyak hampir 200 juta unit telefon pintar sepanjang tahun 2018. Kini syarikat tersebut meningkatkan sasaran kepada 250 juta unit untuk tahun 2019.

Penganalisis juga berpendapat dengan jumlah sedemikian, syarikat gergasi China ini mungkin akan mengalahkan pengeluar telefon pintar Korea Selatan (Samsung) pada tahun hadapan. Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana jenama Huawei kini dikenali ramai.

Nama Huawei mendadak naik selepas mereka memperkenalkan Huawei P20 Pro. Peranti ini berjaya menarik perhatian umum yang mana ia merupakan peranti pertama yang hadir dengan sistem tri-kamera. Setakat artikel ini ditulis, kedudukan nombor satu dalam carta DxOMark masih lagi dipegang oleh peranti ini.

Tidak cukup dengan pemasaran P20 Pro, Huawei kembali lagi dengan Mate 20 Pro pada bulan Oktober lepas. Kali ini beberapa penambah baikan telah dilakukan, Mate 20 Pro membawakan satu ciri yang paling digemari ramai – pengecasan pantas 40W untuk bateri berkapasiti 4200mAh. Jika kita lihat pada peranti mercu lain, tiada satu pun yang menawarkan bateri sebesar ini untuk peranti mercu bersaiz kompak.

Sebab lain yang membolehkan Huawei memecut naik adalah kerana jenama subsidari mereka iaitu Honor. Kita sedia maklum Honor menawarkan hampir semua peranti pada harga di bawah seribu ringgit. Ini secara tidak langsung dapat menyekat Xiaomi daripada berada dekat dengan Huawei yang kini pada kedudukan kedua pengeluar telefon pintar dunia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend