HUAWEI Dijangka Akan Perkenalkan Kirin 990 Dan Kirin 985 Untuk Siri Mate 30 Bulan Depan Comments Off on HUAWEI Dijangka Akan Perkenalkan Kirin 990 Dan Kirin 985 Untuk Siri Mate 30 Bulan Depan 245

Berdasarkan pendedahan yang telah kami buat minggu lepas, HUAWEI dipercayai akan memperkenalkan cipset terbaharunya iaitu Kirin 990 pada siri Mate 30 nanti. Tetapi sebagaimana yang pernah dikongsikan pada hujung Julai yang lalu, kami juga ada melaporkan bahawa HUAWEI dijangka akan melancarkan dua cipset mercu terbaharunya pada tahun 2019 ini.

Menariknya baru-baru ini @RODENT950 yang sememangya terkenal dengan ketirisan berita di Twitter telah mengukuhkan lagi dakwaan itu melalui tweet terbarunya. Menurutnya, HUAWEI berkemungkinan besar akan memperkenalkan dua cipset mercu dari siri Kirin 9xx iaitu Kirin 990 untuk model Mate 30 Pro, Kirin 985 untuk model Mate 30, dan juga Kirin 985 + Balong 5000 untuk model Mate 30 X.

Tambahnya lagi, cipset Kirin 985 merupakan pesaing untuk cipset Snapdragon 855 Plus, manakala Kirin 990 pula dikatakan merupakan cipset yang telah dipertingkatkan sepenuhnya berbanding cipset sedia ada. Benar atau tidak sama-sama kita nantikan pendedahannya pada pertengahan bulan September ini.

Baca juga:

Kirin 990 Dengan Sokongan Rakaman Video 4K 60fps Akan Diperkenalkan Pada Siri HUAWEI Mate 30

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend