Huawei Dedah Sebab Mengapa Skor DxOMark Untuk Siri Mate 20 Tidak Diumumkan Comments Off on Huawei Dedah Sebab Mengapa Skor DxOMark Untuk Siri Mate 20 Tidak Diumumkan

Hari ini pengguna di Malaysia sudahpun boleh memiliki Huawei Mate 20 dan juga Mate 20 Pro secara rasmi, dan lebih menariknya pembeli terawal yang beratur untuk memilikinya di tiga lokasi berbeza akan turut menerima hadiah percuma berupa dron DJI Tello.

Selain daripada sokongan spesifikasi terbaik seperti sokongan Kirin 980 yang setakat ini menjanjikan prestasi terbaik pada peranti Android, faktor utama yang menjadi daya tarikan siri Mate 20 sudah tentunya keupayaan penggambaran tiga kamera LEICA. Namun begitu, apa yang menghairankan, sehingga kini DxOMark masih lagi belum mendedahkan skor yang dicatatkan untuk siri Mate 20 ini.

Akhirnya baru-baru ini Huawei telah memberitahu bahawa mereka tidak bercadang untuk mendedahkan skor untuk mana-mana model dari siri Mate 20 kerana ia dikatakan terlalu tinggi. Malah ia jauh lebih tinggi berbanding skor Huawei P20 Pro yang setakat ini dilihat masih lagi menduduki tangga teratas di DxOMark.

Sungguhpun begitu, Huawei turut berkongsi yang mereka mungkin akan mendedahkan skor yang berjaya dicatatkan oleh siri Mate 20 sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran pada masa akan datang.

Anda sudah boleh memiliki siri Huawei Mate 20 bermula hari ini:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend