Huawei Dan Auto Bavaria Anjur Aktiviti ‘Treasure Hunt’ Di Melaka Khusus Untuk Pemilik Siri Huawei Mate 20 Comments Off on Huawei Dan Auto Bavaria Anjur Aktiviti ‘Treasure Hunt’ Di Melaka Khusus Untuk Pemilik Siri Huawei Mate 20

Jika anda merupakan salah seorang daripada pemilik telefon pintar daripada siri Huawei Mate 20, Huawei Malaysia telah berkolaborasi dengan Auto Bavaria bakal menganjurkan aktiviti ‘treasure hunt’ di Bandar Bersejarah Melaka pada 18 hingga 19 Januari 2019 nanti. Aktiviti pencarian harta karun di sekitar negeri Melaka ini akan turut menyaksikan penggunaan kereta terbaru daripada BMW iaitu model X3 xDrive 30i.

Lebih menariknya, aktiviti yang berlangsung selama dua hari satu malam ini juga akan ditanggung sepenuhnya oleh Huawei Malaysia dan bagi yang berminat, anda boleh mendaftar nama, nombor kontak dan juga nombor IMEI siri Huawei Mate 20 di http://bit.ly/HWTreasureHunt.

Peserta yang telah berdaftar akan dipilih oleh Huawei Malaysia dan pasukan yang berjaya memenangi aktiviti ini akan membawa pulang hadiah hebat. Tarikh pendaftaran berakhir pada 11 Januari 2019 dan peserta yang terpilih akan diumumkan pada 14 Januari 2019 nanti.

Beli siri Huawei Mate 20 anda hari ini:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend