Huawei Dan Audi Bekerjasama Membina Kereta Swapandu Comments Off on Huawei Dan Audi Bekerjasama Membina Kereta Swapandu

Huawei dan Audi baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dalam membina kereta pintar yang boleh disambungkan pada peranti tidak lama lagi. Teknologi dinamakan Mobile Data Centre (MDC) ini bakal diintegrasikan pada kereta prototaip Audi Q7.

Menurut Timbalan Presiden Eksekutif R&D Audi China, Saad Metz berkata Audi telah membuktikan kepada dunia bahawa mereka kini peneraju dalam segmen pemanduan automatik. Jadi, disebabkan itu Huawei telah dipilih sebagai rakan kerja bagi projek ini. Memandangkan dua jenama ini berpengaruh besar, mereka yakin keuntungan yang akan diterima terus meningkat sebaik kereta itu dilancarkan.

Pada masa sama, Ketua Eksekutif Pemasaran Huawei, William Xu pula berkata perkhidmatan kereta swapandu ini bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Namun, tiada tarikh khusus didedahkan.

Sebelum ini, Audi juga pernah bekerjasama dengan Ericsson dalam projek teknologi 5G untuk pengeluaran automotif di kilang pintar mereka di Jerman.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend