Huawei Catat Rekod Jualan Melebihi RM437 Bilion Untuk Sepanjang Tahun 2018 Comments Off on Huawei Catat Rekod Jualan Melebihi RM437 Bilion Untuk Sepanjang Tahun 2018

Walaupun berhadapan dengan pelbagai kontroversi berhubung isu keselamatan rangkaian yang dicetuskan oleh pihak Amerika Syarikat, Huawei nampaknya masih memperlihatkan kedudukan yang kukuh dalam pasaran apabila buat pertama kalinya telah berjaya mencatatkan rekod jualan CNY721.2 bilion (kira-kira RM437.8 bilion) sepanjang tahun 2018.

Bahkan Huawei juga telah berjaya mencatatkan keuntungan bersih sebanyak CNY 59.3 bilion (kira-kira RM36 bilion) untuk tahun yang sama, iaitu peningkatan sebanyak 25.1% berbanding tahun sebelumnya. Sungguhpun tahun 2017 telah menyaksikan pertumbuhan pendapatan yang lebih besar berbanding tahun 2017, keuntungan yang dicatatkan dilihat agak perlahan.

Huawei sebelum ini berada di tangga ke-79 sebagai satu-satunya syarikat dari China yang tersenarai sebagai ‘Jenama Paling Bernilai Tahun 2018’ oleh Forbes.

Ini kerana tahun lepas, Huawei dilihat telah membelanjakan sebanyak CNY101.5 (kira-kira RM61.6) daripada pendapatan pada tahun lepas untuk tujuan R&D. Ini bersamaan dengan 14.1% daripada jumlah pendapatan sepanjang tahun 2018. Menurut Huawei lagi, jumlah perbelanjaan R&D sepanjang 10 tahun ini telah melebihi CNY480 bilion (kira-kira RM291.5 bilion).

Nilai jenama Huawei adalah sebanyak USD8.4 bilion setakat Mei 2018.

Rekod jualan Huawei untuk tahun 2018 ini telah disumbangkan oleh pasaran terbesarnya iaitu China dengan mencatatkan 51.6%, diikuti oleh pasaran Eropah, Timur Tengah dan Afrika yang secara keseluruhannya telah menyumbangkan 28.4% daripada pendapatannya pada tahun lepas.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend