HUAWEI Care Tawar Perlindungan Tambahan Untuk Skrin Dan Alat Ganti Pada Harga Serendah RM49 Comments Off on HUAWEI Care Tawar Perlindungan Tambahan Untuk Skrin Dan Alat Ganti Pada Harga Serendah RM49 163

Melalui aplikasi HiCare, HUAWEI Malaysia dilihat telah memperkenalkan dua pakej perlindungan tambahan iaitu HUAWEI Care – Screen Protection’ dan juga HUAWEI Care – Extended Warranty’. Walau bagaimanapun, kedua-dua pakej perlindungan tambahan ini hanya tersedia untuk model HUAWEI terpilih seperti berikut:

  • Siri HUAWEI P30
    • P30 Pro, P30
  • Siri HUAWEI Mate 20
    • Mate 20 Pro, Mate 20 X, Mate 20
  • Siri HUAWEI Nova
    • Nova 4, Nova 4e, Nova 3i
  • Siri HUAWEI Y
    • Y Max, Y9 2019, Y7 Pro, Y5 2019

HUAWEI Care – Screen Protection

Perlindungan tambahan untuk skrin ini akan menawarkan sekali penukaran skrin percuma dalam tempoh setahun. Skrin yang rosak akan digantikan dengan alat ganti asli, tanpa mengganggu jaminan waranti asal peranti tersebut. Menariknya tiada sebarang caj tambahan (kos diagnos atau kos upah) akan dikenakan, dan proses tuntutan penukaran skrin juga lebih mudah untuk dibuat.

Harga pelan perlindungan:

HUAWEI Care – Extended Warranty

Kini anda boleh mendapatkan perlindungan jaminan waranti tambahan selama setahuan selepas jaminan waranti asal telah tamat dengan pelan ini. Sepanjang tempoh perlindungan tambahan, pengguna akan menikmati penukaran alat ganti asli, jaminan servis kualiti yang terbaik, tiada caj tambahan akan dikenakan, dan juga proses tuntutan yang lebih mudah.

Harga pelan perlindungan:

Bagi melanggan pakej perlindungan tambahan ini, pemilik peranti HUAWEI yang terpilih boleh berbuat demikian di tiga pusat servis HUAWEI di sekitar Lembah Klang seperti berikut:

  • HUAWEI Customer Service Center Pavilion
  • HUAWEI Customer Service Center Plaza Berjaya
  • HUAWEI Customer Service Center Sunway Pyramid

Miliki peranti HUAWEI di HUAWEI Online Official Store

sumber

Baca juga:

Siri HUAWEI Mate 20 Antara Enam Model Yang Kini Telah Diturunkan Harga, Potongan Sehingga RM500

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend