Huawei Buka Pra-Tempah Y Max Pada 12.12 Dengan Hadiah Percuma 0 497

Pada 12 Disember ini Huawei akan mengadakan jualan promosi untuk sejumlah produk yang terpilih. Diskaun sehingga 40% akan diberikan sepanjang tempoh kempen yang bermula pada 10 Disember dimana sebanyak RM500,000 nilai hadiah akan diberikan khusus kepada mereka yang membuat pembelian telefon pintar.

Apa yang menarik perhatian ialah Huawei turut membuka pra-tempahan telefon pintar terbaharu Huawei Y Max pada hari tersebut. Setiap pra-tempah, anda akan menerima empat hadiah percuma seperti fon telinga Huawei AM116, gelang pintar Huawei Band A2, sarung pelindung boleh lipat Y Max, serta beg kanvas edisi Huawei Xmas. Pra-tempahan dan hadiah ini boleh didapati eksklusif di Huawei Official Store sahaja. Menerusi pautan di Lazada, Huawei Y Max akan dijual pada harga RM1,999 sebuah.

Dalam kempen 12.12 di Huawei Official Store, tiada caj penghantaran akan dikenakan kepada anda untuk mana-mana pembelian. Bagi yang ingin mendapatkan diskaun sehingga 40% (untuk produk terpilih), anda perlu rujuk kepada 12 rakan untuk menikmati diskaun ini. Untuk aksesori Huawei pula, diskaun sebanyak 20% akan diberikan tanpa sebarang syarat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend