Huawei Buat Promosi Gila Pada 11.11 – Nova 2 Lite Pada Harga RM99, Nova 3 Pula.. 0 426

Tarikh yang paling ditunggu-tunggu oleh orang ramai ialah pada 11 November (11.11) setiap tahun adalah dimana kedai dalam talian terbesar akan mengadakan promosi jualan runtuh. Pada tahun ini kedai rasmi dalam talian Huawei Malaysia menjadi lebih gila apabila mengumumkan diskaun untuk peranti kelas pertengahan Nova 2 Lite dan Nova 3 pada harga bermula RM99 sahaja!

Huawei Nova 3 Primrose Gold

Ya, anda tidak salah dengar. Pada mulanya kami juga terkejut tetapi apakan daya ini yang Huawei cuba beri kepada para peminat mereka sempena kempen 11.11 ‘Huawei Mega Online Sale Day’. Apa yang perlu anda lakukan ialah siap sedia pada masa yang ditetapkan iaitu pada pukul:

  • 9 pagi, 11 November 2018
  • 12 tengah hari, 11 November 2018
  • 3 petang, 11 November 2018
  • 6 petang, 11 November 2018
Huawei Nova 2 Lite

Pada empat masa yang berbeza ini, anda perlu segera membuat pembelian kerana difahamkan ia tertakhluk kepada siapa cepat dia dapat. Ini adalah senarai harga untuk tiga model yang diberi diskaun melampau:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend